Persatuan Kebajikan Al Rayyan
Pertubuhan Kebajikan AlRayyan merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015 dan telah menjalani proses penjenamaan semula pada tahun 2024 untuk lebih menyerlahkan matlamat serta identiti perjuangan kebajikannya. Berdaftar di bawah nombor pendaftaran rasmi PPM-018-10-18302024, pertubuhan ini ditubuhkan atas kesedaran akan keperluan menyediakan saluran bantuan dan sokongan yang berstruktur kepada golongan yang memerlukan, terutamanya individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang sering terpinggir daripada arus kemajuan.
Seiring dengan perkembangan zaman dan cabaran sosial semasa, Pertubuhan Kebajikan AlRayyan komited untuk memainkan peranan aktif dalam mengangkat martabat insan melalui pelbagai inisiatif kebajikan, program pendidikan dan pembangunan modal insan. Kami percaya bahawa setiap individu berhak diberi peluang yang adil untuk hidup dengan bermaruah dan berdaya saing, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan fizikal.
Dengan membawa visi dan misi untuk merealisasikan agenda kebajikan, pendidikan, serta kemajuan modal insan (sumber manusia), Pertubuhan Kebajikan AlRayyan akan terus menjadi pemangkin perubahan sosial positif, memperkasa komuniti rentan, serta membina jalinan kerjasama yang kukuh bersama masyarakat dan agensi-agensi yang berkepentingan.
Visi Kami
- Menjadi sebuah pertubuhan kebajikan yang unggul dan dipercayai dalam memperkasa golongan memerlukan, khususnya Orang Kurang Upaya (OKU), melalui pendekatan yang holistik dalam kebajikan, pendidikan dan pembangunan insan.
Misi Kami
- Menyediakan bantuan dan sokongan berterusan kepada komuniti yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.
- Membangunkan potensi individu melalui program pendidikan, latihan dan pembangunan diri.
- Membina jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak demi memperluas impak kebajikan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan dan hak golongan rentan sepe
- Menjadi pemangkin kepada perubahan sosial yang inklusif dan berteraskan kasih sayang serta tanggungjawab bersama.

